8 Tips Pindah Rumah Baru (Pastikan Ada ‘Checklist’)

Sebelum anda pindah rumah, pastikan baca tips ini dulu.

1. Pertimbangkan dengan teliti apa yang perlu anda simpan. Kalau tak perlu simpan, buang sahaja.

Ramai orang yang menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk memindahkan sesuatu yang akan dibuang beberapa hari lagi. Ia bukan hanya soal perbelanjaan, tetapi juga kerumitan. Berpindah adalah masa terbaik untuk membuang benda-benda yang anda tidak perlukan.

2. Jual pada kawan-kawan dan jiran. Ini cara yang baik untuk mengeluarkan barang-barang itu. Contohnya, kalau sofa terlalu besar, jual sahaja pada sesiapa ynag berminat.

Anda mungkin akan mengumpul wang yang cukup untuk membayar sewa lori nanti.

3. Pastikan ada ‘checklist, atau senarai semak dan gunakannya. Hampir pasti, anda akan terlupa dan tertinggal beberapa perkara tanpa ‘checklist‘.

Mulakan dengan senarai perkara yang perlu dilakukan sebelum berpindah. Ia mungkin termasuk mendapatkan dokumen dan sijil-siji yang perlu dipindahkan. Selepas itu, barulah kemas barang-barang yang kurang penting.

4. Buat tempahan syarikat lori sewa awal. Jangan lambat sangat, takut tak ada yang sanggup kerana ada temujanji dengan pelanggan lain.

5. Kemas barang dan masukkan dalam kotak lebih awal. Sukar untuk mengatakan berapa lama masa yang diperlukan untuk siap berkemas. Mungkin sekejap, mungkin lama. Apa yang penting,  mulakan awal untuk mengelakkan kelam-kabut mencari kotak pada saat akhir.

6. Sediakan kotak “keperluan”. Ini akan memudahkan anda sampai di tempat baru, sabun, berus gigi, tuala dan lain-lain. Siapkan kotak dan pastikan ia mudah diambil.

7. Semak laporan cuaca. Ia tidak menyenangkan apabila tiba hujan lebat. Jika lalu lintas sesak, bertenang. Anda pasti akan sampai ke destinasi juga.

8. Beritahu keluarga dan kawan-kawan alamat dan nombor telefon anda yang baru. Lakukan ini sebelum anda menghentikan perkhidmatan telefon di rumah.

Semoga tips ini serba-sedikit dapat membantu anda untuk pindah rumah.

Selamat masuk ke rumah baru!

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga (Rehat Sama-sama!)

Anda bosan dengan kerja dan tidak sabar untuk bersantai. Betul kan?

Pasti, semua orang berhak untuk hujung minggu yang baik dan santai selepas lima hari penuh tanpa apa-apa tetapi tugasan kerja dan sekolah. Setiap ahli keluarga mahukan dan patut mendapatkan hujung minggu yang menenangkan.

Orang yang ada duit akan bercuti ke luar negara untuk berehat. Kita bukannya golongan seperti itu.

Untuk ibu bapa

Bagi ibu bapa, tekanan itu berganda kerana mereka perlu bekerja, melakukan tugas mereka, dan pada masa yang sama menguruskan hal-hal di rumah.

Menguruskan rumah tidak begitu mudah kerana ibu bapa ini harus berurusan dengan anak-anak mereka dan kerja sekolah, makanan keluarga setiap hari, bil-bil yang perlu dibayar, membersihkan rumah.

Pada asasnya, apa yang ibu bapa mahu ialah mewujudkan suasana rumah yang baik dan sihat.

Oleh kerana masa yang mereka habiskan bersama keluarganya hanya pada hujung minggu, ada kemungkinan ibu bapa hanya mahu cari ketenangan di rumah.

Dari pergi ke spa dan mempunyai urutan seluruh badan, untuk aromaterapi mudah boleh sahaja buat di rumah secara santai.

Sesetengah wanita pula ingin memberikan dan membuat keluarga mereka bahagia menerusi aktiviti bersama buat biskut atau kek coklat yang enak untuk anak-anak.

Bagi sesetengah orang pula, berkebun memberikan kepuasan. Ini kerana mereka dapat duduk seharian di rumah dan semua nampak depan mata.

Satu lagi kereta. Boleh ajak keluarga basuh sama-sama. Seronok juga main simbah-simbah air pada anak-anak.

Jika keluar dari rumah, boleh cuba aktiviti berkhemah, berenang, atau hanya berkelah sederhana di mana-mana tempat perkhemahan.

Ringkasnya, semuanya tentang ikatan keluarga. Sudah tentu, bila teringat kembali momen-momen keluarga yang istimewa ini, akan terubat rasa rindu.

Untuk kanak-kanak

Bagi kanak-kanak, amat penting untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti kreatif. Biarkan dia mahu buat apa sahaja, asalkan tidak membahayakan diri.

Dari permainan video ke papan mainan, ke aktiviti belakang rumah seperti baseball, bola keranjang, berenang, ke trampolin yang sangat menyeronokkan, anak-anak ini pasti boleh bersenang-senang dan belajar pada masa yang sama.

Sudah tentu, menonton TV itu sesuatu yang penting bagi mereka. Bagaikan tidak lengkap hari anak-anak kalau tak tengok Astro.

Jadi bagi ibu bapa, mereka harus memantau sekurang-kurangnya apa yang dilihat oleh anak-anak mereka dan memastikan bahawa apa yang mereka tonton adalah sesuatu yang elok dan bukan jenis yang melampau.

Rehat bersama keluarga tidak begitu sukar kerana mereka hanya perlu tahu apa minat sendiri.

Masa rehat bersama-sama juga, ini bermakna masa ikatan keluarga yang semakin kuat. Ini kerana hujung minggu adalah satu-satunya hari yang penuh rumah dengan semua yang lain.

Cuma jangan gaduh-gaduh, nanti serabut!

Selamat berhujung minggu!

Cadangan Hadiah Untuk ‘Housewarming’ Jiran Baru

Jiran anda baru dapat kunci untuk masuk rumah baru? Kini tiba masanya untuk mengucapkan tahniah kepada mereka dengan hadiah!

Apa salahnya berkenalan, bukan? Setidak-tidaknya, jika kita ditimpa masalah satu hari nanti, mudah-mudahan ada jiran yang dapat membantu.

Hadiah untuk housewarming & open house itu perlu. Cuma tidaklah perlu yang mahal-mahal.

Hadiah barang dapur

Gunakan kreativiti untuk memberikan hadiah yang sesuai dengan majlis itu. Yang paling mudah ialah belikan barang-barang dapur.

Barang-barang dapur seperti set cawan, teko, pisau dan lain-lain; sangat sesuai untuk orang yang baru masuk rumah yang baru.

Cuma hati-hati, kerana terdapat banyak idea hadiah barang dapur yang membosankan dan mungkin tuan rumah tidak suka.

Seperti dikatakan tadi, hadiah dapur adalah mudah dan selalunya dialu-alukan oleh tuan rumah kerana mereka tidak perlu beli lagi. Hadiah barang-barang masak boleh digunakan secara tetap dan tuan punya badan mungkin kini beranggapan anda jiran yang baik.

Hadiah dapur hampir dipastikan meninggalkan kesan yang mendalam pada jiran baru. Tentu sekali mereka akan menghabiskan banyak waktu di dapur.

Hadiah barang rumah

Selain barang-barang dapur, boleh juga bawa hadiah barang-barang hiasan rumah. Mungkin cita rasa tidak sama, tetapi bawa sahaja terlebih dahulu. Tahulah jiran baru itu untuk susun di rumah dia sendiri.

Hadiah dengan bawa makanan

Inilah yang paling mudah. Cuma tidaklah perlu ikut seperti gaya Mat Salleh yang akan bawa pie untuk menjamu jiran baru.

Cukuplah sekadar buat bubur kesyukuran atau kuih-muih yang ringan. Susah-susah, buat pesanan pizza dan makan ramai-ramai.

Seperkara lagi, bagaimana pula mahu bagi hadiah  seseorang yang mempunyai segalanya? Patutkah kita membeli hadiah mahal untuk dia?

Apa pendapat anda?