Tips pindah rumah

8 Tips Pindah Rumah Baru (Pastikan Ada ‘Checklist’)

Sebelum anda pindah rumah, pastikan baca tips ini dulu.

1. Pertimbangkan dengan teliti apa yang perlu anda simpan. Kalau tak perlu simpan, buang sahaja.

Ramai orang yang menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk memindahkan sesuatu yang akan dibuang beberapa hari lagi. Ia bukan hanya soal perbelanjaan, tetapi juga kerumitan. Berpindah adalah masa terbaik untuk membuang benda-benda yang anda tidak perlukan.

2. Jual pada kawan-kawan dan jiran. Ini cara yang baik untuk mengeluarkan barang-barang itu. Contohnya, kalau sofa terlalu besar, jual sahaja pada sesiapa ynag berminat.

Anda mungkin akan mengumpul wang yang cukup untuk membayar sewa lori nanti.

3. Pastikan ada ‘checklist, atau senarai semak dan gunakannya. Hampir pasti, anda akan terlupa dan tertinggal beberapa perkara tanpa ‘checklist‘.

Mulakan dengan senarai perkara yang perlu dilakukan sebelum berpindah. Ia mungkin termasuk mendapatkan dokumen dan sijil-siji yang perlu dipindahkan. Selepas itu, barulah kemas barang-barang yang kurang penting.

4. Buat tempahan syarikat lori sewa awal. Jangan lambat sangat, takut tak ada yang sanggup kerana ada temujanji dengan pelanggan lain.

5. Kemas barang dan masukkan dalam kotak lebih awal. Sukar untuk mengatakan berapa lama masa yang diperlukan untuk siap berkemas. Mungkin sekejap, mungkin lama. Apa yang penting,  mulakan awal untuk mengelakkan kelam-kabut mencari kotak pada saat akhir.

6. Sediakan kotak “keperluan”. Ini akan memudahkan anda sampai di tempat baru, sabun, berus gigi, tuala dan lain-lain. Siapkan kotak dan pastikan ia mudah diambil.

7. Semak laporan cuaca. Ia tidak menyenangkan apabila tiba hujan lebat. Jika lalu lintas sesak, bertenang. Anda pasti akan sampai ke destinasi juga.

8. Beritahu keluarga dan kawan-kawan alamat dan nombor telefon anda yang baru. Lakukan ini sebelum anda menghentikan perkhidmatan telefon di rumah.

Semoga tips ini serba-sedikit dapat membantu anda untuk pindah rumah.

Selamat masuk ke rumah baru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *