Sejara Lego Malaysia

Sejarah Singkat Tentang LEGO, Sebagai Inspirasi

Pasti anda telah mendengar atau bermain dengan LEGO, iaitu salah satu mainan yang paling terkenal di dunia. Izinkan saya berkongsi lebih lanjut mengenai sejarah syarikat yang begitu hebat ini.

Lego dilahirkan dari minda kreatif tukang kayu Denmark, Ole Kirk Christiansen.

Ole Kirk Christiansen adalah tukang kayu di Billund, Denmark yang membuka kedai kayu. Beliau dan barisan pasukan terawalnya membina perabot untuk orang-orang di kawasan itu.

Sejarah bermula pada tahun 1932, ketika tukang kayu Ole Kirk Christiansen mendirikan sebuah perusahaan di Denmark untuk menghasilkan berbagai macam barang-barang rumah tangga seperti papan seterika dan tangga tangga bersama dengan mainan kayu.

Nama Lego dicipta pada tahun 1934, yang bermaksud “bermain dengan baik” dan sudah tentu sesuai dengan namanya. Nama syarikat itu juga dilhamkan oleh Christiansen. Dan ramai tidak tahu, nama itu sebenarnya dalam bahasa Danish.

Syarikat Christiansen terus membuat mainan kayu sehingga tahun 1960, sehinggalah malapetaka gudang mainan kayu musnah dalam api. Agak malang kerana berlaku kejadian yang tidak diingini. Namun, mereka bangkit semula.

Selama lebih dari 30 tahun, Syarikat LEGO hanya membuat mainan. Kemudian pada tahun 1968, syarikat itu membuka taman tema LEGOLAND yang pertama – di bandar asalnya di Billund, Denmark.

Malangnya, syarikat Lego kadang-kadang bersifat monopoli dan sering menjual produknya dengan harga yang tidak masuk akal.

Harga permainan Lego bukanlah murah. Tidak ramai orang kebanyakan yang mampu untuk membeli lego untuk anak-anak. Tambahan lagi, harga tiket ke Legoland di Iskandar Puteri, Johor Bahru juga sangat mahal. Agak kasihan kerana orang Johor sendiri, walaupun Legoland itu berada di negeri sendiri, mereka hanya mampu melihat sahaja dari jauh.

Walau bagaimanapun, tidak kiralah apa pun dasar-dasar baru LEGO, saya sendiri mengakui bahawa LEGO adalah mainan yang hebat. Bukan itu sahaja,  syarikat itu telah melakukan banyak perkara untuk menghiburkan ramai anak di seluruh dunia.

Termasuk orang-orang yang bukan lagi kanak-kanak, iaitu saya sendiri.

Anda bagaimana? Adakah anda minat LEGO juga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *