Hadiah untuk housewarming dan open house

Cadangan Hadiah Untuk ‘Housewarming’ Jiran Baru

Jiran anda baru dapat kunci untuk masuk rumah baru? Kini tiba masanya untuk mengucapkan tahniah kepada mereka dengan hadiah!

Apa salahnya berkenalan, bukan? Setidak-tidaknya, jika kita ditimpa masalah satu hari nanti, mudah-mudahan ada jiran yang dapat membantu.

Hadiah untuk housewarming & open house itu perlu. Cuma tidaklah perlu yang mahal-mahal.

Hadiah barang dapur

Gunakan kreativiti untuk memberikan hadiah yang sesuai dengan majlis itu. Yang paling mudah ialah belikan barang-barang dapur.

Barang-barang dapur seperti set cawan, teko, pisau dan lain-lain; sangat sesuai untuk orang yang baru masuk rumah yang baru.

Cuma hati-hati, kerana terdapat banyak idea hadiah barang dapur yang membosankan dan mungkin tuan rumah tidak suka.

Seperti dikatakan tadi, hadiah dapur adalah mudah dan selalunya dialu-alukan oleh tuan rumah kerana mereka tidak perlu beli lagi. Hadiah barang-barang masak boleh digunakan secara tetap dan tuan punya badan mungkin kini beranggapan anda jiran yang baik.

Hadiah dapur hampir dipastikan meninggalkan kesan yang mendalam pada jiran baru. Tentu sekali mereka akan menghabiskan banyak waktu di dapur.

Hadiah barang rumah

Selain barang-barang dapur, boleh juga bawa hadiah barang-barang hiasan rumah. Mungkin cita rasa tidak sama, tetapi bawa sahaja terlebih dahulu. Tahulah jiran baru itu untuk susun di rumah dia sendiri.

Hadiah dengan bawa makanan

Inilah yang paling mudah. Cuma tidaklah perlu ikut seperti gaya Mat Salleh yang akan bawa pie untuk menjamu jiran baru.

Cukuplah sekadar buat bubur kesyukuran atau kuih-muih yang ringan. Susah-susah, buat pesanan pizza dan makan ramai-ramai.

Seperkara lagi, bagaimana pula mahu bagi hadiah  seseorang yang mempunyai segalanya? Patutkah kita membeli hadiah mahal untuk dia?

Apa pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *